Wednesday, May 11, 2011

Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa proses penghasilan Vaksin Menveo keluaran Syarikat Novartis Vaccines adalah sama sepertimana penghasilan Vaksin Mencevax keluaran Syarikat Glaxo Smith Kline (GSK).
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pada dasarnya hukum penggunaan vaksin Menveo adalahharus atas dasar dharurah sama seperti vaksin Mencevax yang telah diputuskan pada Muzakarah kali ke-53 bertarikh 27 November 2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-mana vaksin meningococcal meningitis yang dihasilkan 100% halal dan suci daripada awal hingga akhir proses penghasilannya.
     
  3. Walaubagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah berpandangan di antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada vaksin Mencevex yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari segi keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin Menveo masih baru di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang masih berterusan.
     
  4. Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar diberikan kepada vaksin Menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar dharurah dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Monday, May 9, 2011

Kini tinggal 2 gameweek sahaja lagi..

Assalamualaikum,

Dengan beza markah yang tidak berapa pasti kerana pihak admin yang sering lambat update websitenya, sekarang sudah tidak pasti adakah akan dapat mengekalkan posisi di kedudukan pertama atau tidak, tidaklah ia menjadi kegusaran yang terlampau kerana ia hanyalah keduniaan semata-mata tetapi masih berharap agar impian menjadi kenyataan.

Mula-mula masuk dulu sebab rasa bosan lepas tengok Fantasy Premier League menawarkan hadiah yang sukar digapai, yela satu dunia masuk dan aku ni jenis yang kurang tengok bola dan main dah sekarang, lebih kepada menganalisis perlawanan dan melihat dari jauh, maklumlah rasa diri ni sibuk je.(takde la sangat sebenarnya)

Kemudian suka-suka buka website dominos pizza sedangkan takde nak beli pun, suka-suka je. Tetapi dalam belek2 website tu (boleh belek k?), ternampak satu iklan dekat satu kotak ruang dalam website tu yang menarik perhatian...



Boleh try main ni, mana tahu ada rezeki. Rasa macam tu sebab pertandingan ni terbuka pada mereka yang duduk kat Malaysia je, komuniti Malaysia yang main benda2 macam ni memanglah ramai kalau tengok kat Fantasy Premier League (FPL), tapi melihat kepada jumlah contestant yang baru 20 lebih je, peluang dirasakan amatlah luas.

Bermula la bermain dengan serius, konsep pemarkahan juga berlainan dengan FPL antaranya, assist goal tidak akan dikira, yang menjadi perkara penting di sini ialah gol yang berjaya dijaringkan termasuklah jumlah gol yang bolos dan clean sheet. Sejak itu bermulalah permainan ini. Meletak pemain yang dirasakan akan menjaringkan gol dengan banyak atau sekurang-kurangya satu memberi cabaran, maklumlah dah lama tak tengok bola dan ambil tahu keputusan setiap minggu, yang ambil tahu bila permainan antara kelab2 besar je.

Namun begitu, tidak sangka rezeki berpihak pada diri, bulan September mencatat sejarah bagi diriku kerana dinobatkan sebagai juara bulanan yang mana hadiah yang dapat seperti gambar di atas. Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka.



Lebih kurang 3 minggu selepas itu, pihak Dominos Pizza telefon dan mengucapkan tahniah kerana berjaya menjadi juara bulan September dan akan diadakan satu majlis bagi memberi hadiah trofi kerana menjadi juara pertama pertandingan ini.

Gembira amat dirasai tetapi apakan daya, majlis itu dijalankan pada hari Selasa, 26 Oktober ketika aku sedang menghadapi mid-semester 5 exam subjek Parasitology. Bagi menggantikan aku untuk mengambil hadiah yang ingin diberi, aku meminta junior ku Najmee kerana dia suka makan pizza dan dijangka mestilah banyak pizza yang akan dimasak untuk hari tu, dah nama kedai pizza kan? Tapi kesian kat dia tak sempat makan pizza kerana kena mengahadiri English presentation petang itu juga. Sorry bro.

Kemudiannya, aku bersemangat untuk mendapatkan hadiah juara bulanan yang berikutnya (tamak2,he3) tetapi memang bukan rezeki ku kali ini, aku hanya berjaya mendapat tempat ke-12 sahaja bagi bulan Oktober, namun tetap gembira kerana housemate ku yang memenangi juara bulanan kali ini,Alhamdulillah..yeah!!....bersambung (kalau rajin nak tulis,he3)