
Kemudian ku lihat pula Samsung Galaxy S yang baru seminggu dibeli rakan ku. Canggih dan bagi ku lebih hebat dari iPhone 4 tetapi aku matikan niatku.

Kelibat iPod Touch yang rakan2ku beli juga mengganggu fikiranku untuk ku membeli dek kecanggihannya untuk membaca lecture note menggunakannya namun ku simpan angan-anganku.

Semua tu tinggal angan-angan sahaja kerana tiba-tiab aku terfikir, apa tujuan aku hidup? Adakah perlu aku memiliki semua itu. Aku ingin merasa dunia web di tangan ku dengan memiliki semua itu tetapi ia bakal menjadi sebuah halangan terbesar diriku dalam menelaah pelajaran ku dan paling penting Kalam Suci ALLAH yangteragung yang tidak boleh didua atau ditigakan. Aku ingin memiliki semua itu tetapi diriku merasa cukup dengan apa yang ku miliki. Hasbunallah wa Ni'mal wakiil. =))
No comments:
Post a Comment